Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran

Iklan
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan individu membuang air mengandungi puntung rokok di hadapan sebuah rumah dekat apartment Desa Puri, Desa Jaya di sini pada Isnin.

GOMBAK - Tindakan seorang individu membuang air yang mengandungi puntung rokok di hadapan sebuah rumah mengundang padah apabila perbuatan terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam kejadian dekat apartment Desa Puri, Desa Jaya di sini pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 3.14 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan berdasarkan rakaman CCTV mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 1.41 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ketika kejadian individu berkenaan berada di ruang tamu rumahnya sebelum ternampak kesan basah di hadapan rumahnya ketika hendak menutup lampu.

Iklan

"Dia kemudiannya melakukan semakan CCTV dan mendapati terdapat seseorang yang melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun kita mengklasifikasikan kes ini sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) sehingga terdapat perkembangan lain.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Iklan

Pada Selasa, tular video memaparkan tindakan seorang individu membuang cecair mengandungi puntung rokok di hadapan sebuah rumah di sini.

Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai yang rata-ratanya mahu tindakan segera diambil terhadap pelaku terlibat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!