Dua remaja buat aksi 'wheelie' ditahan polis

Iklan
Dua remaja ditahan kerana mempamerkan aksi bahaya dan menunggang secara melulu.

MERBOK - Dua remaja lelaki yang menunggang motosikal dengan aksi 'wheelie' ditahan polis di Tupah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kedua-duanya remaja berusia 16 dan 15 tahun yang masih bersekolah itu dikesan melakukan aksi berkenaan atau mengangkat tayar hadapan berulang kali dalam operasi bermula jam 10 malam tadi.

Iklan
Iklan

"Pemerhatian mendapati dua remaja terbabit dari Taman Lembah Bujang melakukan aksi tersebut di Jalan Pintasan Semeling dari lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara Merbok sehingga lampu isyarat Tupah.

"Mereka ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain," katanya.

Iklan
Iklan

pemeriksaan dalam Operasi Samseng Jalanan diketuai Inspektor Zakie Radzwan itu mendapati motosikal jenis Ex5 merah dinaiki remaja berusia 15 tahun turut dikesan tidak mempunyai nombor pendaftaran.