Mbappe ambil tanggungjawab penyingkiran PSG

Iklan
Reaksi Mbappe (dua dari kiri) selepas penyingkiran PSG dari pentas Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes, Paris. Foto AFP

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mengambil sepenuh tanggungjawab atas kekalahan gergasi Perancis itu kepada Borussia Dortmund yang menyaksikan penyingkiran daripada Liga Juara-Juara.

Perlawanan di Stadium Parc des Princes itu menyaksikan Mbappe, yang akan meninggalkan PSG pada penghujung musim dengan Real Madrid kemungkinan destinasi pilihan terlepas dua peluang menjaringkan gol buat pasukan tuan rumah.

Iklan
Iklan

"Saya cuba membantu pasukan sebaik mungkin tetapi saya tidak dapat melakukan sebaiknya.

"Saya ditampilkan di sini sebagai watak yang harus menjaringkan gol dan menjadi penentu hala tuju perlawanan. Apabila keadaan baik, saya mengambil semua perhatian dan apabila tidak anda perlu menerima sebaliknya.

Iklan

"Itu bukan masalah. Orang pertama yang sepatutnya menjaringkan gol malam ini ialah saya. Itulah realiti kehidupan bola sepak dan kini kami perlu meneruskan, saya dan pasukan

"Ya, kami pastinya kecewa, tetapi seperti yang saya katakan, ia bukan semua malapetaka. Kami perlu membinanya dan terus berusaha kerana saya pasti kami akan sampai ke sana,” kata Mbappe.

Iklan

Gergasi Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund mengakhiri penantian 11 tahun ke pentas perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas menjinakkan juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi separuh akhir kedua pada Rabu.

Satu gol yang dijelmakan Niclas Fullkrug (m-36) di Stadium Signal Iduna Park, 2 Mei lalu mengiringi angkatan Edin Terzic bertandang ke Stadium Parc des Princes, PSG akur tandukan minit ke-50 pertahanan Dortmund, Matts Hummels mematikan langkah tuan rumah dengan kekalahan secara agregat 2-0.

Finals edisi 2012/13, Dortmund yang tewas 1-2 kepada kelab senegara, Bayern Munich di Stadium Wembley, diasak anak buah Luis Enrique sebaik wisel awal dalam usaha menyamakan kedudukan.

Biarpun begitu, PSG yang juga finalis edisi 2019/20 seolah-olah buntu memecah gawang Dortmund yang dikawal cemerlang Gianluigi Donnarumma dalam perlawanan menyaksikan penguasaan 61 peratus dimiliki manakala Dortmund hanya 39 peratus.

Kemenangan itu membolehkan Dortmund mara ke perlawanan akhir di Stadium Wembley menentang pemenang satu lagi antara Real Madrid berdepan Bayern Munich dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!