[VIDEO] Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki 10,000 ubat batuk tiruan

Iklan

SEREMBAN - Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas enam dan empat pertuduhan memiliki 10,000 unit ubat batuk dengan menyalahgunakan cap dagang jenama Dynapharm tahun lalu.

Tertuduh, James Ooi Joe Behn, 41, dan Cheong Yin Ying, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan bagi kapasiti individu, pengarah dan wakil syarikat di hadapan Hakim, Mazni Nawi.

Iklan
Iklan

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh bagi mencapai niat bersama telah didapati mempunyai dalam kawalan mereka bagi maksud perdagangan sebanyak 8,000 unit ubat batuk jenama Dynadryl Syrup yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah bagi imej dan perkatan Dynapharm di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815] yang dijumpai di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Selain itu, James yang mewakili syarikat Fedes Sdn Bhd manakala Yin Ying mewakili Rasa Ria (M) Sdn Bhd didapati mempunyai dalam kawalan mereka bagi maksud perdagangan sebanyak 2,000 unit ubat batuk jenama Dynadryl Syrup yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah bagi imej dan perkataan Dynapharm.

Iklan

James turut berdepan pertuduhan selaku pengarah syarikat Fedes Sdn Bhd mempunyai dalam kawalannya bagi maksud perdagangan sebanyak 2,000 unit ubat batuk jenama Dynadryl Syrup yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah bagi imej dan perkataan Dynapharm.

Iklan
James dan Yin Ying ketika hadir ke mahkamah pada Rabu

Kesalahan itu dilakukan pada 15 Disember 2023 kira-kira jam 12.50 tengah hari di Jalan Perindustrian Mantin 2,Kawasan Perindustrian Ringan Batu 8, Mantin, dekat Nilai.

Berikutan itu, mereka melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta 815.

Hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak lebih RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda maksimum RM30,000 bagi setiap barang-barang yang dipakai dengan salah cap dagangan berdaftar.

Jika bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salap cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak lenih RM20,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementeria Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Syazwani Zawawi manakala kedua-dua tertuduh diwakili Amirul Fairuzzeen Jamaluddin.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi semua pertuduhan terhadap setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan sebutan semula 19 Jun depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!