Lemang dapur relau

Iklan
Peniaga lemang, Mohd Zailani Mohd Nor, 49, (kiri) mengangkat lemang untuk dibakar menggunakan dapur relau ciptaannya di rumahnya di Kampung Alor Belanga dekat Kampung Alor Keladi.
Relau yang diciptanya sejak tiga tahun lalu itu dapat menjimatkan masa. Lemang-lemang dibakar menggunakan kaedah itu hanya mengambil masa dua jam setengah berbanding secara tradisional yang mengambil empat jam.

Selain hanya mengambil masa singkat, tenaga kerja untuk membakar sehingga 70 batang lemang hanya menggunakan tenaga seorang pekerja.