Penduduk ketakutan hampir diserang gajah

Iklan
Tiga gajah jantan liar yang ditangkap dipindahkan ke Taman Negara di Terengganu dengan bantuan dua gajah denak, Abot dan Rambai. Foto Perhilitan Perak (Gambar kecil: Yusoff)

GERIK - [DIKEMAS KINI] Penduduk di Kampung Batu 6, Bandariang di sini diselubungi ketakutan selepas diganggu kehadiran kawanan gajah liar yang masuk ke kawasan kampung mereka untuk mencari makanan.

Kehadiran kawanan dianggarkan 23 ekor sejak sebulan lalu itu menjadikan tanaman kelapa sawit, getah dan pisang yang diusahakan penduduk sebagai sumber makanan.

Iklan
Iklan

Keadaan itu mengakibatkan penduduk ketakutan menjalani rutin harian termasuk turun ke kebun.

Penduduk, Azizan Abu, 43, berkata, berlaku kejadian baru-baru ini, seorang penoreh getah dikejar dan hampir diserang gajah ketika masuk ke kebun.

Iklan

Katanya, penoreh itu terselamat apabila sempat berlari masuk ke kediamannya yang terletak tidak jauh dari kawasan kebun getah.

"Akibat kejadian itu, sampai sekarang, penduduk bimbang dan tidak lagi berani untuk ke kebun," katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Rabu.

Iklan
Operasi pemindahan yang bermula jam 9 pagi pada Rabu berjalan lancar melibatkan 43 anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah. Foto Perhilitan Perak

Azizan berkata, gangguan haiwan itu telah pun dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak dua minggu lalu.

Katanya, hasil aduan itu, Perhilitan telah pun menjalankan operasi dan berjaya membuat tangkapan ke atas tiga gajah.

"Tiga telah ditangkap dan dipindahkan. Begitupun rasa bimbang masih ada kerana gajah yang berkeliaran di luar masih banyak," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, tangkapan pertama dilakukan 2 Mei lalu diikuti pada Isnin dan Selasa lepas melibatkan tiga gajah jantan.

Menurutnya, haiwan dianggarkan berusia 6, 7, dan 8 tahun dengan berat antara 1.3 hingga 1.5 tan itu dipercayai telah terpisah daripada kawanannya sebelum berjaya dikesan dan ditangkap.

"Tiga gajah ini yang kita namakan Yob Tanjung, Yob Rimbun dan Yob Batu dipindahkan ke Taman Negara di Terengganu dengan bantuan dua gajah denak, Abot dan Rambai.

"Operasi pemindahan yang bermula jam 9 pagi tadi berjalan lancar melibatkan 25 anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah," katanya.

Beliau turut menasihati penduduk agar tidak bertindak sendiri dan segera memaklumkan kehadiran haiwan itu kepada Perhilitan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!