Dakwaan skandal kementerian, Rafizi enggan saman pemfitnah

Iklan
Hantaran Rafizi di laman X menjawab saranan seorang pengguna yang menyarankan beliau untuk mengambil tindakan terhadap pemfitnah.

PUTRAJAYA - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkannya dengan dakwaan skandal kementerian itu.

Sebaliknya kata Rafizi, tindakan pemfitnah itu akan dicatatkan oleh malaikat.

Iklan
Iklan

"Saya takkan saman sebab ada yang mencatatnya.

"Beban itu lagi besar dari turun naik mahkamah," jelasnya.

Iklan

Rafizi berkata demikian sebagai reaksi terhadap pengguna laman X yang menyarankan beliau untuk mengambil tindakan terhadap pengguna laman sosial lain yang mengaitkan beliau dan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Turut dimuat naik pada hantaran itu sekeping tangkap layar yang mendakwa skandal di Kementerian Ekonomi akan terbongkar beberapa hari lagi.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!