Anna Jobling sedia lebar sayap

Iklan
Rezeki Anna Jobling di Indonesia semakin murah.

FENOMENA drama Melur Untuk Firdaus dua tahun lalu secara tidak langsung membuka pintu buat pelakon cantik, Anna Jobling untuk melebarkan sayap ke negara jiran, Indonesia.

Malah, pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu sudah mula mendapat kepercayaan penerbit di sana untuk membintangi beberapa siri.

Iklan
Iklan

Walaupun mula dihujani tawaran dari Indonesia, bintang berusia 23 tahun itu lebih selesa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia demi mengembangkan karier seni.

Bintang berusia 23 tahun ini lebih selesa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia demi mengembangkan karier seni.

Bagi anak kacukan Malaysia - United Kingdom itu, peluang yang muncul tidak harus dilepaskan sementelah tawaran sebegitu bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh.

Iklan

"Bukan semua pelakon di Malaysia dapat peluang sebegitu," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditebak adakah dia bersedia menetap sepenuhnya di Jakarta bagi mengukuhkan lagi karier di sana, pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/2019 itu punya pandangan tersendiri.

Iklan

Bagi Anna, hal tersebut kerana dia masih sayangkan kariernya yang bermula di negara ini.

"Tidak dinafikan saya dapat banyak tawaran di sana ketika ini, saya pula tidak bernaung di bawah mana-mana agensi jadi semuanya perlu bermula dari bawah.

"Cuma saya pasti apabila diseimbangkan dengan susunan jadual yang terancang, saya boleh teruskan rutin berulang-alik itu.

"Lagipun saya sangat sayangkan karier saya di sini," tuturnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!