Pemandu treler maut tertimbus tanah

Iklan
Seorang pemandu lori maut tertimbus tanah selepas treler yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Jalan Sepanggar, di sini pada malam Selasa.

KOTA KINABALU - Seorang pemandu lori maut tertimbus tanah selepas treler yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Jalan Sepanggar, di sini pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 malam itu, treler tanpa muatan dipandu mangsa lelaki tempatan berusia 20-an terbabas sendiri sebelum merempuh perhentian bas dan tiang elektrik di lokasi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) menghala ke perumahan kastam dipercayai hilang kawalan lalu.

"Mangsa ditemui oleh pasukan bomba dan polis di bawah lori dalam keadaan tertimbus dengan tanah dipercayai akibat tersepit.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk dibedah siasat.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!