KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, bantuan itu disumbangkan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa bertemu dengan Jalaluddin, atau lebih dikenali sebagai Pak Amjal, dan keluarganya di kediaman aktivis itu pagi tadi.