Pekerja muda generasi Z, Y tak dramatik berhenti kerja

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Mohd Effendy

SHAH ALAM - Generasi baharu iaitu Z dan Y memiliki pandangan yang berbeza berkaitan sesuatu pekerjaan apabila cenderung untuk mencari makna atau kepuasan dalam sesuatu tugasan.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, oleh kerana itu wujud trend golongan tersebut mengambil tindakan berhenti kerja secara senyap tanpa menghebohkan atau bersikap dramatik.

Iklan
Iklan

"Ini mungkin mencerminkan dorongan untuk mengekalkan reputasi profesional dan mengelakkan konflik yang tidak perlu di dalam sebuah organisasi.

"Mereka lebih cenderung mencari makna dan kepuasan dalam pekerjaan, bukan soal gaji atau status semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Kaji selidik mendapati dua daripada lima rakyat di negara ini bersamaan dengan 39 peratus memilih berhenti kerja sekiranya majikan meminta untuk menghabiskan lebih banyak masa berada di pejabat.

Jika dibandingkan dengan enam bulan lalu, 52 peratus rakyat Malaysia mengatakan majikan mengharapkan kerja melebihi waktu pejabat iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada purata global.

Iklan

Dapatan itu berdasarkan kajian oleh Randstad Malaysia bermula 23 Oktober hingga 11 November 2023 melibatkan 27,000 responden berumur 18 hingga 67 tahun dari 35 negara.

Tambah Mohd Effendy, generasi tersebut juga lebih tertarik dengan waktu kerja yang fleksibel seperti mencari peluang karier di luar jalur tradisional.

Ujarnya, mereka lebih terbuka terhadap konsep seperti bekerja sambilan, kerja dari jarak jauh atau bekerja sendiri.

"Ini menunjukkan semangat mereka untuk mengawal hidup sendiri dan mengejar kehidupan yang seimbang antara pekerjaan dengan masalah peribadi masing-masing,” jelasnya lagi.

Selain itu, Mohd Effendy menjelaskan kesan yang mungkin berlaku kepada generasi baharu iaitu potensi mereka untuk mencapai kepuasan dalam sesuatu pekerjaan.

Bagaimanapun, katanya, jika ketidaktentuan ekonomi atau kestabilan kerjaya berlaku, terdapat risiko menyebabkan mereka memilih jalan yang tidak wajar bagi meneruskan pekerjaan masing-masing.

"Mereka berkemungkinan menghadapi cabaran dalam membina reputasi profesional disebabkan kerap bertukar kerja atau selalu menggunakan taktik berhenti secara senyap.” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!