[VIDEO] PRK KKB: Polis jamin keselamatan pengundi

Iklan

HULU SELANGOR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan penduduk dan orang ramai yang akan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berada dalam keadaan terkawal, pada Sabtu ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana pasukan keselamatan telah menggerakkan kekuatan anggota yang mencukupi di kawasan yang menjadi tumpuan itu.

Iklan
Iklan

"Perbincangan saya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain petang tadi (Rabu) berkait dengan keselamatan sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.

"Komitmen pasukan polis ini akan berterusan sepanjang empat hari (tempoh berkempen yang tinggal) sehinggalah hari pengundian.

Iklan

"Ia bagi memastikan pengundi Kuala Kubu Baharu keluar mengundi dengan perasaan tenang tanpa rasa takut dan bimbang dengan keselamatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas ceramah isu semasa di Batang Kali di sini pada malam Rabu.

>
Saifuddin Nasition ketika nenyampaikan ceramah di Batang Kali pada malam Ranu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jaminan keselamatan pengundi pada hari pengundian 11 Mei ini.

Iklan

Sementara itu, ditanya mengenai laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen, Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, keseluruhan hanya membabitkan dua kes.

Ujarnya, situasi itu menunjukkan semua parti yang bertanding menunjukkan kematangan dalam berpolitik.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April lalu sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei.

DUN Kuala Kubu Baharu memiliki 40,226 pengundi berdaftar terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!