Kerajaan Johor kaji kadar baharu gaji penjawat awam

Iklan
Onn Hafiz berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor (JOSFA) dan Jamuan Hari Raya di sebuah hotel, malam Rabu. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor sedang mengkaji kadar baharu gaji penjawat awam di negeri itu selaras dengan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penentuan kadar baharu itu akan dibuat berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Dari segi penjawat awam untuk negeri Johor, Insya-Allah kita juga akan selari dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, tetapi kita perlu lagi kaji untuk memastikan dari segi kedudukan kewangan kita mencukupi dan memastikan kadarnya dan bila hendak buat (laksana).

"Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat, Insya-Allah pada akhir tahun ini. Berapa peratusan kenaikan belum diputuskan dan sedang dikaji,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya, di sini malam Rabu.

Iklan

Perdana Menteri pada 1 Mei mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara. - Ber ama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan