Enam kawasan jadi penentu kemenangan PH atau PN

Iklan
BERBAKI kurang 48 jam sebelum 39,362 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuang undi, tumpuan kini terarah kepada parti mana yang akan memenangi kerusi tersebut.

Berdasarkan analisis dan tinjauan lapangan yang dilakukan Sinar Premium, Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dijangka lebih sengit berbanding pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.

Maka, undi di enam daripada 16 pusat daerah mengundi (PDM) yang dikategorikan sebagai kawasan kelabu akan menjadi penentu kemenangan sama ada berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).