TOKYO - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas bahagian tubuh tikus ditemukan dalam dua paket yang dihasilkan pada barisan pengeluaran yang sama.
Penarikan balik roti itu melibatkan Chojuku Yamagata 5 keping dan Chojuku Yamagata 6 keping yang dihasilkan di Kilang Pasco Tokyo Tama dengan tarikh luput antara 7 Mei dan 11 Mei, lapor agensi berita Xinhua memetik pembuat roti yang berpusat di Nagoya itu.