PM, isteri zahir rasa sedih dengan bencana banjir di Brazil

Iklan
Bencana banjir yang melanda wilayah Rio Grande do Sul, di selatan Brazil. Foto REUTERS

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan rasa sedih dengan bencana banjir yang melanda wilayah Rio Grande do Sul, di selatan Brazil.

Dalam hantaran di Facebooknya buat Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, Perdana Menteri menyampaikan kesediaan Malaysia menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana.

Iklan
Iklan

"Ingatan dan doa kami bersama rakyat Brazil terutamanya mereka yang terjejas," kata Anwar menerusi hantarannya itu.

Selain itu beliau turut mendoakan semoga urusan dan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Rio Grande do sul berjalan lancar dan Brazil kembali pulih serta gagah.

Iklan

Rio Grande do Sul mengalami cuaca buruk yang ekstrem tahun ini berikutan dilanda sembilan taufan tahun lepas yang meragut lebih 100 nyawa akibat banjir dan tanah runtuh.

Sehingga Rabu, dilaporkan jumlah kematian akibat banjir besar ini mencecah 100, dengan ratusan lagi hilang manakala 107,600 orang terpaksa berpindah ke kawasan selamat di 334 daripada 496 bandar di wilayah itu. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!