SANDAKAN - Jabatan Imigresen mengusir 226 pendatang tanpa izin Filipina pulang ke negara asal melalui jalan laut menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1 iaitu dari Pelabuhan Sandakan di sini ke Zamboanga, Filipina, pada Rabu.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusof berkata, ia melibatkan 153 lelaki, 56 wanita serta 17 kanak kanak, kesemua mereka berumur antara 2 hingga 73 tahun.