6 PDM penentu kemenangan PH atau PN
Iklan
Enam PDM dikenal pasti sebagai kawasan ‘kelabu’ yang sukar ditentukan kemenangan sama ada berpihak kepada PN atau Kerajaan Perpaduan.
KUALA KUBU BAHARU - Berbaki kurang 48 jam sebelum 39,362 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuang undi, tumpuan kini terarah kepada parti mana yang akan memenangi kerusi tersebut.
Berdasarkan analisis dan tinjauan lapangan yang dilakukan Sinar Premium, Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dijangka lebih sengit berbanding pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.