Koperasi Felda Inas, Instedt Prima jalin kerjasama pembangunan kawasan

Iklan
Majlis MoU antara Koperasi Felda Inas Kulai Berhad bersama Instedt Prima (M) Sdn Bhd di Pejabat Urusan Koperasi Felda Inas Berhad, Felda Inas, Kulai, Johor pada Khamis.

SHAH ALAM - Koperasi Felda Inas Kulai Berhad menjalinkan kerjasama bersama Instedt Prima (M) Sdn Bhd untuk memperkasakan pembangunan di Felda Inas bagi sektor perniagaan, keusahawanan, pembangunan, penambahbaikan infrastruktur dan pertanian.

Pengerusi Eksekutif Instedt Prima (M) Sdn Bhd, Datuk Shahrul Azila Mohd Saleh berkata, ia merupakan inisiatif bagi memajukan dan membangunkan kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kami juga yakin dengan adanya kerjasama ini, ia dapat membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pekerjaan dalam sektor yang terlibat,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Khamis.

Majlis menandatangani MoU antara Koperasi Felda Inas Kulai Berhad bersama Instedt Prima (M) Sdn Bhd di Pejabat Urusan Koperasi Felda Inas Berhad, Felda Inas, Kulai, Johor pada Khamis.

MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi Koperasi Felda Inas Kulai Berhad, Sukemi Badron bersama Shahrul Azila di Pejabat Urusan Koperasi Felda Inas Berhad, Felda Inas, Kulai, Johor.

Iklan

Sementara itu, Sukemi berpandangan bahawa MoU tersebut akan memberi impak positif kepada penduduk felda berkenaan dan komuniti sekitar.

"Kami amat mengalu-alukan kerjasama sebegini yang pastinya memberi impak yang amat besar disamping dapat meneroka peluang baharu,” tambahnya ringkas.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!