ALOR GAJAH - Nasib malang seorang kanak-kanak lelaki yang mendakwa telah beberapa kali diliwat oleh suami pengasuhnya sejak dua tahun lalu akhirnya terbongkar.
Rahsia yang selama ini disimpan rapi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu, diketahui ibu mangsa yang bekerja sebagai operator kilang, selepas wanita tersebut melihat anaknya sedang menonton video lucah di rumah mereka di Alor Gajah pada jam 8 malam, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata, ibu mangsa berusia 33 tahun telah bertanya kepada anaknya mengenai video lucah yang ditonton mangsa menggunakan telefon bimbit sebelum mangsa mengakui telah diajar oleh suspek termasuk menyuruh mangsa mengikuti aksi tersebut.
"Suspek berusia 36 tahun itu dipercayai telah meliwat anak pengadu beberapa kali sejak dari tahun 2022 sehingga sekarang.
"Siasatan mendapati suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa ketika isterinya tiada di rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Jelasnya, hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati berlaku 'normal penis and no fissure' sebelum suspek ditangkap pada malam Rabu susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa pada Selasa lalu.
"Suspek yang merupakan penganggur kini ditahan reman selama tujuh hingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK 2017)," katanya lagi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!