AS-Israel tidak sehaluan lagi kerana ofensif Rafah

Iklan
Unit kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) kini bersiap siaga di selatan Tel Aviv bersempadan dengan Genting Gaza. Foto AFP

WASHINGTON - Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Israel semakin tegang selepas Presiden Joe Biden memberi amaran tegas tentang rancangan ofensif berskala besar itu.

Menerusi pengumuman terbaharu, Biden berikrar mahu membekukan penghantaran bekalan senjata kepada sekutunya jika Israel meneruskan kempen pencerobohan ke atas bandar paling selatan Gaza itu.

Iklan
Iklan

Rejim Zionis dalam satu kenyataan menyifatkan amaran AS itu sebagai 'amat mengecewakan' berikutan Washington pernah menzahirkan sokongan penuh pada fasa awal peperangan tersebut.

Pada Rabu, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin juga mengesahkan laporan Washington menghentikan pemindahan 'sejumlah besar' bekalan senjata kepada Israel setelah pentadbiran Biden terus dikecam banyak pihak.

Iklan

Sehingga kini, rejim Zionis tidak mempedulikan desakan komuniti antarabangsa malah terus mengerahkan unit kereta kebal ke sempadan bandar tersebut yang didakwa menjadi markas terakhir pejuang Hamas.

Pada awal minggu lalu, Rumah Putih turut mengutuk tindakan Israel yang kini mengawal lintasan sempadan Rafah hingga menyebabkan gangguan kepada penghantaran bekalan kemanusiaan ke wilayah tersebut.

Iklan

"Orang awam menjadi korban bom yang dihantar oleh AS. Ia jelas tindakan yang salah. Kami tidak lagi akan bekalkan senjata dan peluru,” tegas Biden.

Dalam perkembangan berkaitan, rundingan untuk melaksanakan gencatan senjata disambung lagi di Kaherah dan akan turut disertai barisan pejuang Palestin termasuk Jihad Islam. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!