Gunung berapi Semeru meletus

Iklan
Gunung berapi Semeru. - Foto Agensi

JAKARTA - Gunung berapi Semeru di Lumajang, Jawa Timur, Indonesia dilaporkan meletus pagi tadi dan memuntahkan debu panas setinggi sekurang-kurangnya 400 meter di udara.

"Seismograf kami mencatatkan letusan selama 2 minit dan 9 saat dengan amplitud maksimum 25 milimeter (mm)," kata Ketua Unit Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), Hendra Gunawan seperti dilaporkan agensi berita Antara.

Iklan
Iklan

Menurut Hendra, gunung tersebut memuntahkan debu pada intensiti sederhana pada arah timur laut.

"Letusan disertai dengan 17 gempa bumi dengan amplitud 10 hingga 23mm. Tempoh gempa bumi adalah 56 hingga 130 saat," katanya.

Iklan

Katanya, letusan sering berlaku di Semeru kerana ia adalah gunung berapi aktif dan letusannya hanya memberi kesan kepada kawasan sekitar puncak gunung tersebut.

"Tahap amaran gunung masih berada di tahap berhati-hati atau tahap dua. Jadi, pelawat dan pendaki tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti dalam radius satu kilometer (km) dan 4km dari selatan atau tenggara kawasan aktif kawah," jelasnya.

Iklan

PVMBG turut menasihatkan orang awam supaya berhati-hati memandangkan kawah Jongring Seloko boleh runtuh pada bila-bila masa. - Agensi