KUALA LUMPUR - Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang telah meninggalkan Rafah sejak operasi ketenteraan yang dipertingkatkan 6 Mei lepas.
Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter pada Khamis, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.