11 cedera pesawat terkeluar dari landasan di Dakar

Iklan
Pesawat Boeing 737 yang disewa Air Senegal terkeluar dari landasan semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dakar awal pagi Khamis. Foto EPA

NAIROBI - Seramai 11 individu cedera selepas pesawat Boeing 737 yang disewa oleh Air Senegal terkeluar dari landasan semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dakar awal pagi Khamis, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Menurut Kementerian Pengangkutan Senegal, seorang juruterbang adalah antara mangsa yang cedera dan mengarahkan siasatan membabitkan kejadian itu.

Iklan
Iklan

Pengendali lapangan terbang berkata, seramai empat daripada 11 penumpang cedera parah.

Pesawat itu dilapor sedang menuju ke Bamako, ibu negara Mali membawa 79 penumpang dan enam kru.

Iklan

Lapangan terbang itu ditutup selama beberapa jam sebelum operasi penerbangan disambung semula. - Bernama-dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan