Aplikasi WhatsApp 'bantu' perang genosid di Gaza?

Iklan
Khabar angin tentang Israel menggunakan teknologi AI tersebar sejak fasa awal Perang Gaza.

NEW YORK -"Aplikasi WhatsApp mungkin telah 'membantu' perang genosid ke atas penduduk Gaza.”

Pendedahan itu dibuat jurutera perisian terkemuka dan pengasas Tech for Palestine berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS), Paul Biggar menerusi wawancara bersama Press TV dengan menyatakan WhatsApp 'bersubahat' dengan menyediakan input kepada program teknologi kecerdasan buatan (AI) Israel seperti Lavender, Where's Daddy yang digunakan untuk menyasarkan individu disyaki sebagai pejuang Hamas.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, siasatan 972 Magazine dan Local Call membongkar tentang pengeboman dibantu AI terhadap penduduk Palestin di Gaza serta bagaimana ia membunuh orang awam berdasarkan data dikongsikan WhatsApp yang dimiliki Meta.

Menurut artikel 972 Magazine, Lavender adalah 'mesin sasaran' berdasarkan AI dan algoritma yang diberi input termasuk ciri-ciri pejuang Hamas dan Jihad Islam yang terkenal sebagai data latihan mereka.

Iklan

Ia kemudiannya boleh mengesan sifat sama atau yang digelar sebagai 'ciri' dalam kalangan populasi umum.

Ciri-ciri itu termasuk mengenal pasti pejuang Hamas yang berada dalam sesebuah kumpulan sembang, kekerapan menukar telefon bimbit dan alamat menetap mereka.

Iklan

Where's Daddy pula satu lagi program bantuan AI yang menjejaki sasaran dan memberi isyarat kepada tentera Israel apabila 'suspek' kembali ke rumah mereka yang kemudiannya akan dibom.

WhatsApp didakwa 'bersubahat' menyediakan input kepada program teknologi AI Israel yang digunakan untuk menyasarkan individu disyaki sebagai pejuang Hamas.

ENGGAN SIASAT

Biggar memberitahu Press TV, terdapat kemungkinan beberapa senario yang membuktikan Meta bersekongkol dalam perang genosid di Gaza yang telah mengorbankan lebih 34,700 penduduk Palestin sejak tujuh bulan lalu.

"Ia mungkin berpunca daripada kegagalan produk WhatsApp untuk melindungi pengguna atau wujud kelemahan lain pada aplikasi itu. Tetapi, masih tidak jelas sama Meta benar-benar terlibat secara langsung dalam kempen pembunuhan kejam ke atas penduduk Palestin itu,” ujarnya.

Baru-baru ini, jurucakap Meta memberitahu Middle East Monitor bahawa gergasi teknologi itu tidak mempunyai sebarang maklumat tentang kesahihan laporan berkenaan ketika menjawab tentang spekulasi tersebut.

"WhatsApp tidak mempunyai pintu belakang dan kami tidak memberikan maklumat secara pukal kepada mana-mana kerajaan,” jelasnya.

Biggar menyelar sikap sambil lewa Meta dalam menangani tuduhan tersebut.

"Mereka enggan berbuat apa-apa atau melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu. Ia jelas mengabaikan kewajipan terhadap pengguna mereka,” respons Biggar terhadap kenyataan ringkas diberikan Meta.

Beliau juga memberi amaran, jika Meta memberikan data pengguna kepada Israel, ia bakal mengancam nyawa penduduk Palestin di Gaza.

"Ia bukan hanya mendatangkan risiko kepada keselamatan dan privasi pengguna di Gaza malah seluruh dunia,” tegasnya lagi.

Where's Daddy pula satu lagi program bantuan AI yang menjejaki sasaran dan memberi isyarat kepada tentera Israel apabila 'suspek' kembali ke rumah mereka yang kemudiannya akan dibom.

TAPIS KANDUNGAN PRO-PALESTIN

Terdapat bukti menunjukkan Meta sememangnya pro-Israel terutamanya ketika fasa awal Perang Gaza apabila kumpulan hak asasi manusia mendakwa syarikat induk Facebook dan Instagram itu melakukan tapisan secara sistematik terhadap kandungan yang berpihak kepada Palestin.

Pada Februari lalu, Meta mengumumkan ia mempertimbangkan untuk menyemak semula dasar ucapan kebencian yang menggunakan istilah Zionis yang turut mencetuskan kebimbangan terhadap langkah memperluaskan sekatan terhadap kandungan pro-Palestin.

"Tidak syak lagi Meta pro-Israel. Mereka mempunyai pusat utama di Tel Aviv dan ratusan kakitangan Israel dan Unit 8200,” katanya merujuk kepada jabatan risikan terkenal di Tel Aviv yang melakukan pengawasan terhadap komunikasi elektronik penduduk Palestin.

Biggar juga mendedahkan tiga pemimpin paling kanan mempunyai hubungan rapat dengan Israel termasuk Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) Guy Rosen yang juga berkhidmat di bawah Unit 8200 dan merupakan salah seorang yang paling berkuasa dalam syarikat itu.

Selain itu, pengasas Meta, Mark Zuckerberg, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO), Sheryl Sandberg dikatakan secara aktif menyebarkan propaganda rejim Zionis termasuk pembohongan tentang insiden rogol yang dikaitkan dengan Hamas. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!