PRU16: PN kekalkan Muhyiddin calon PM
Iklan
HULU SELANGOR - Perikatan Nasional (PN) tidak pernah membincangkan calon Perdana Menteri selain mengekalkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, gabungan itu tidak berganjak dengan pendirian berkenaan kerana yakin pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu adalah yang terbaik untuk rakyat.