Pahang lulus cadangan NR-REE seluas 220 hektar di Hulu Jelai

Iklan
Wan Rosdy ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang, di sini pada Jumaat.

KUANTAN - Kerajaan Pahang meluluskan cadangan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di atas tanah seluas 220 hektar di Sungai Wang, Mukim Hulu Jelai, Lipis.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kelulusan cadangan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) ke-13 pada 3 April lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri dalam peringkat pemurnian fasa akhir prosedur operasi standard (SOP) perlombongan NR-REE Pahang yang diterajui oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PTG), Pahang Mining Corporation (PMC) sebelum diangkat untuk pertimbangan serta keputusan pihak berkuasa negeri.

”Kita mengamalkan sikap terbuka kepada mana-mana pengusaha atau pelabur sektor perlombongan untuk menjalankan eksplorasi NR-REE di Pahang.

Iklan

"(Malah) kita juga bersedia untuk menawarkan kerjasama bagi pembukaan kilang memproses NR-REE di Malaysia, khususnya di Negeri Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang, di sini pada Jumaat.

Iklan

Tuan Ibrahim ingin tahu mengenai kesediaan kerajaan untuk perlombongan REE di Pahang sebagai sumber pendapatan negeri.

Wan Rosdy turut memaklumkan, beliau bersama delegasi kerajaan negeri mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Perintis NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Negeri Perak pada 25 September 2023.

Jelasnya, lawatan tersebut bertujuan untuk melihat dan mempelajari teknik perlombongan NR-REE yang dilakukan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Menjawab soalan tambahan Khaizulnizam Mohamad Zuldin (BN- Kemayan) mengenai teknik dan keadah perlombongan yang tidak menjejaskan alam sekitar, Wan Rosdy berkata, kaedah larut resap insitu (ISL) diyakini lebih selamat dan mesra alam tanpa perlu melakukan penebangan secara terbuka.

"Nak kata kosong (menjejaskan) itu tidaklah. Tetapi contohnya kalau kawasan tersebut 81 hektar, mungkin empat hektar sahaja yang terjejas kerana akan ada sedikit penebangan. Perlombongan ini sangat minimum, tidak dibuat sesuka hati dan ia terkawal serta dipantau setiap masa.

"Kaedah dipanggil ISL dilakukan dengan kesan minimum terhadap alam sekitar dan ia ternyata berbeza dengan kaedah perlombongan yang dilakukan secara terbuka melibatkan lebih banyak pokok ditebang,” jelasnya turut memaklumkan sekurang-kurangnya 1.4 juta tan NR-REE dikenal pasti di Lipis, Raub dan Bentong.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!