ICA Singapura rampas 1,210 karton rokok seludup dalam bas

Iklan
Rokok tidak dibayar duti dan cukai yang cuba diseludup. - Foto : Ihsan Facebook Immigration & Checkpoints Authority

JOHOR BAHRU - Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menemui 1,210 karton rokok tidak dibayar duti di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura dekat sini, Isnin lalu.

Menurut ICA, kesemua barangan terlarang itu ditemui ketika rutin pemeriksaan waktu pagi terhadap sebuah bas didaftarkan di Malaysia yang mahu memasuki negara berkenaan.

Iklan
Iklan

Katanya, pegawai pemeriksa kemudiaan mendapati terdapat sesuatu yang mencurigakan di bahagian dalaman bas berkenaan ketika kenderaan itu melepasi pengimbas.

Rokok tidak dibayar duti dan cukai yang cuba diseludup. - Foto : Ihsan Facebook Immigration & Checkpoints Authority

"Pengimbas menunjukkan terdapat sesuatu yang mencurigakan di bahagian lantai bas berkenaan. Anggota kami kemudiannya menggunakan peralatan untuk membuka lantai tersebut.

Iklan

"Setelah dibuka, kami kemudiannya menemui sebanyak 1,210 karton rokok tidak dibayar duti yang disorokkan di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook Immigration & Checkspoint Authority, semalam.

ICA berkata, pihaknya turut bertindak menahan pemandu bas berkenaan yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berusia 56 tahun.

Iklan

Katanya, suspek kemudiannya diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

"Sempadan kami adalah benteng pertahanan pertama dalam menjaga keselamatan negara. Pihak ICA akan sentiasa meneruskan pemeriksaan kepada penumpang dan kenderaan yang lalu di sini.

"Ini untuk memastikan tidak berlaku aktiviti penyeludupan membabitkan dadah, senjata dan bahan letupan di bawa masuk ke dalam negara," katanya.