Solidariti Pan-gon bersama Faisal

Iklan
Hantaran Pan-gon di laman sosial yang sentiasa bersama Faisal semasa berdepan situasi sukar ketika ini. Foto Instagram Kim Pan-gon

BARISAN kejurulatihan negara sentiasa bersama pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim bagi menempuh situasi sukar selepas menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Damansara Ahad lepas.

Senario tersebut diluahkan ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon yang menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.

Iklan
Iklan

Luahan berkenaan dikongsi jurulatih dari Korea Selatan itu dalam satu hantaran di media sosial pada Jumaat.

"We all stand with you, Faisal (Kami semua bersamamu, Faisal) !" catat Pan-gon menerusi catatan di Instagramnya.

Iklan

Faisal ketika ini berdepan situasi mencabar selepas mengharungi tiga proses pembedahan bermula Ahad, Selasa dan Khamis lalu.

Siri pembedahan itu bagi merawat lecur tahap empat yang dialaminya selepas diserang oleh dua individu tidak dikenali hujung minggu lalu.

Iklan