Pesawat patah balik kerana bau pelik

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat bau pelik di dek penerbangan, menurut media negara itu, lapor Sputnik.

Seorang jurucakap Lufthansa yang dipetik akhbar harian Jerman, Bild berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana bau yang tidak dapat dikenal pasti di dalam kokpit.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pesawat itu mendarat dengan selamat di Frankfurt dan semua 320 penumpang serta 19 kru selamat.

"Pesawat itu kini sedang diperiksa oleh juruteknik dan punca bau itu masih belum dikenal pasti,” katanya.

Iklan

Ini merupakan insiden keempat melibatkan pesawat Boeing dalam tempoh dua hari.

Terdahulu pada Khamis, pihak berkuasa Turkiye memaklumkan bahawa 190 penumpang telah dipindahkan dari pesawat Boeing-738 yang menuju ke Gazipasa, Turkiye dari Cologne, Jerman selepas mendarat cemas apabila tayar pesawat itu pecah.

Iklan

Pihak berkuasa memaklumkan tiada individu yang cedera dalam insiden tersebut. - Bernama/Sputnik

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!