Wanita jamu anak tiri minum kopi campur racun tikus

Iklan
Riwanti bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana cubaan membunuh anak tirinya. - Agensi

RIAU - Seorang wanita tergamak memberi minum kopi mengandungi racun tikus kepada anak tirinya sebagai membalas dendam terhadap suaminya yang enggan pulang ke kampung semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, lapor Detik.com

Kejadian berlaku di Jalan Dusun Siluang, IIi, Rokan Hilir di Riau, Indonesia pada Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Akibat perbuatan itu, anak tirinya yang berusia 11 tahun dilihat mengelupur atas lantai selepas meminum kopi tersebut.

Ketua Polis Daerah Rohil, Andrian Pramudianto berkata, tertuduh dikenali sebagai Riwanti menghubungi suaminya, Masmin dengan menyuruhnya pulang ke rumah selepas anak lelakinya mengalami penyakit sawan sambil memuntahkan air kopi.

Iklan

"Setibanya di lokasi kejadian, Masmin bertanya kepada isterinya yang kemudian menjelaskan mangsa kemungkinan keracunan selepas minum kopi dalam botol pemberian ibunya.

"Bapa mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Ibu di Baganbatu, Rokan Hilir, untuk mendapatkan pertolongan cemas," kata Andrian sambil menambah dia juga melaporkan kes ini dan membawa isterinya ke balai polis.

Iklan

Semasa disoal siasat, Riwanti mengakui dia berdendam dengan suaminya yang enggan pulang ke kampung halamannya semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

"Motifnya adalah dendam. Dia berbuat demikian selepas suaminya menolak cadangan untuk pulang ke kampung isterinya," kata Andrian dan menambah suspek bakal dipenjara sehingga 15 tahun. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!