BEIRUT - Pejuang Hizbullah melancarkan serangan dron dan peluru berpandu terhadap pusat perintah Israel di Kfar Giladi menyebabkan 'beberapa' kematian tentera rejim Zionis.
Menurut kenyataan, pejuang itu berkata, serangan yang menggunakan beberapa dron sebagai membalas dendam di atas kematian tiga anggota Hizbullah di kampung Bafliyeh, selatan Lubnan.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan jumlah kemalangan jiwa akibat serangan itu.
Sumber tentera Lubnan memberitahu Xinhua bahawa Kubah Besi Israel dan jet pejuang F-15 telah memintas dron yang terbang pada ketinggian rendah pada waktu petang Khamis.
Sumber yang tidak dinamakan itu menambah bahawa salah satu peluru berpandu udara yang ditembak pesawat Israel ke arah dron itu jatuh dan meletup di sekitar perkampungan Khiam, tenggara Lubnan.
Beberapa peluru berpandu lain yang ditembak Kubah Besi meletup di ruang udara terletak di kawasan sempadan di selatan Lubnan. - Xinhua
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!