Ikrar Azam laksana tugas penuh integriti

Iklan
Azam Baki

PUTRAJAYA -"Saya akan terus memastikan amanah ini dilaksanakan sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti".

Demikian tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang dilanjutkan kontrak untuk tempoh satu tahun bagi menerajui suruhanjaya tersebut.

Iklan
Iklan

"Menjunjung kasih ke bawah duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan semula saya ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, harapan besar dirinya agar seluruh rakyat Malaysia serta jentera kerajaan, tanpa kompromi dapat berganding bahu bersama SPRM bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini.

Iklan

Terdahulu dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan pelanjutan kontrak Azam berkuat kuasa Ahad ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Azam," katanya.

Iklan

Azam, 61, bersara wajib pada Mei tahun lalu dan disambung kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya bagi tempoh setahun yang berakhir bulan ini.

Beliau berpengalaman selama 40 tahun dalam SPRM dengan memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1984.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!