Tinjauan Pokok Berusia

Iklan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang serta menyediakan panduan baharu dengan memberi fokus pokok berusia dan berisiko tinggi ketika tinjauan di sekitar Kota Metropolitan hari ini.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan garis panduan baharu itu dijangka siap Julai ini, namun pihaknya akan terus menjalankan kerja-kerja pemantauan terhadap pokok berisiko dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu hingga kini sebanyak 175 pokok dikenal pasti berisiko tinggi iaitu sebahagian besarnya berusia melebihi 50 tahun dengan 147 daripadanya telah ditebang. Foto Bernama