'Rela tinggalkan keluarga, mahu dekat dengan Rasulullah'

Iklan
Royan Azhari menyapa jemaah haji Malaysia di Masjid Nabawi.

MADINAH -"Saya rela tinggalkan keluarga yang jauh di kampung hanya kerana ingin dekat dengan Rasulullah SAW,” kata Royan Azhari, 46, seorang pekerja pembersihan di Masjid Nabawi berasal dari Lombok, Indonesia.

Beliau yang sudah bekerja lebih 13 tahun di Madinah, hanya akan pulang ke kampung dua tahun sekali untuk berjumpa dengan keluarga tercinta dan sanak saudara.

Iklan
Iklan

"Saya mempunyai tiga orang anak. Ketiga-tiganya sudah besar. Yang sulung berumur 23 tahun sudah habis kuliah dan yang kecil 19 tahun masih kuliah,” katanya.

"Jika nak ikutkan gaji memang tak seberapa, hanya SR400 (RM505) memang tak cukup. Tetapi saya percaya kepada rezeki SR400 sebulan tidak pernah habis dan saya mampu menyekolahkan anak hingga ke universiti,” ujarnya.

Iklan

Kata lelaki itu, gaji bukan perkara utama namun yang penting adalah perasaan lebih dekat dengan Rasulullah kerana jika memakai seragam pekerja, beliau bebas keluar masuk ke Raudah iaitu tempat paling mustajab berdoa.

"Apabila berada di sini, dirasakan seperti sudah terlepas dari sebarang masalah dunia dan di akhirat nanti beliau akan menerima ganjarannya,” jelas Royan.

Iklan

Mengenai waktu kerja pula, Royan berkata, dia bekerja lapan jam sehari dan tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa.

Namun untuk mengisi masa terluang apabila habis waktu kerja dia akan bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah agensi penghantar bungkusan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!