Banjir terburuk landa selatan Brazil

Iklan
Sebahagian besar kawasan di Eldorado do Sul, negeri Rio Grande do Sul kini tenggelam.

BRASILIA - Hujan lebat berterusan impak daripada fenomena El Nino yang sedang melanda seluruh dunia menyebabkan negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil diisytiharkan darurat.

Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite ketika mengulas tentang bencana tersebut menyifatkan ia sebagai tragedi terburuk dalam sejarah negeri itu.

Iklan
Iklan

Terbaharu, angka kematian akibat banjir di negeri berkenaan telah meningkat kepada 107 orang.

Banjir itu menyebabkan kemusnahan harta benda penduduk termasuk kenderaan.

Xinhua memetik kenyataan Agensi Pertahanan Awam melaporkan kira-kira 1.5 juta penduduk terjejas oleh bencana itu dan 136 orang masih hilang.

Iklan

Cuaca buruk itu telah menyebabkan perintah kecemasan terpaksa diisytiharkan di 80 peratus kawasan negeri itu.

Beberapa askar memerhati kenderaan mereka yang rosak akibat banjir di Eldorado do Sul.

Selain itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Khamis dilaporkan berdepan kesukaran berikutan hujan lebat berterusan.

Iklan

Sebelum itu, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva memaklumkan tahap kemusnahan hanya akan dapat dinilai apabila air banjir mulai surut.

Anggota bomba turut menyelamatkan seekor kuda dengan membawanya ke atas bumbung sementara menunggu ketibaan bot penyelamat.

Keadaan berlarutan sejak lebih seminggu lalu itu juga menyebabkan seramai 155,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Kira-kira 15,000 anggota keselamatan termasuk tentera dan sukarelawan terlibat dalam operasi SAR itu.

Kebanyakannya menggunakan bot dan jet ski untuk menyelamatkan penduduk terperangkap yang kemudiannya dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Anggota polis terlibat operasi SAR melakukan rondaan ke kawasan terjejas banjir.

Konfederasi Perbandaran Kebangsaan memaklumkan kira-kira 61,000 rumah telah rosak atau musnah akibat hujan dan banjir dengan kerugian dianggarkan mencecah kira-kira 6.3 bilion reais (RM5.8 bilion).

Mangsa banjir dipindahkan menggunakan bot ke tempat perlindungan sementara.

Hujan lebat itu bermula pada minggu lalu dan berterusan hingga menyebabkan negeri berkenaan ditenggelami banjir serta turut memusnahkan kemudahan asas yang lain.Pakar iklim mengaitkan kejadian hujan ini berpunca daripada pemanasan global yang diburukkan lagi fenomena El Nino pada tahun ini.

Seorang anggota tentera melakukan pemerhatian dari sebuah helikopter di kawasan Porto Alegre yang dinaiki air pada awal minggu lalu.

El Nino menyebabkan perairan Pasifik mengalami peningkatan suhu, sekali gus membawa hujan ke selatan Brazil.

Seorang sukarelawan menyediakan air minuman untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Banjir itu juga turut menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan rasa sedih mereka malah menyampaikan kesediaan Malaysia menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana.

Sebahagian mangsa terjejas banjir ditempatkan di Pusat Latihan Sukan Negeri (CETE) di kawasan kejiranan Menino Deus di Porto Alegre, Brazil.

"Ingatan dan doa kami bersama rakyat Brazil terutamanya mereka yang terjejas,” kata Anwar.

Selain itu, beliau turut mendoakan semoga urusan dan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Rio Grande do sul berjalan lancar dan Brazil kembali pulih seperti sediakala. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!