Apa kesan keputusan PRK KKB?
Iklan
PENULIS pada mulanya memerhati bahawa calon Pakatan Harapan (PH) mendahului dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), kemudian dikejar oleh Perikatan Nasional (PN), tetapi kini kelihatan ada masalah dalaman dalam PN, ditambah pula dengan strategi kempen DAP yang berhasil, menyebabkan arah angin pengundi berbalik ke arah PH.
Hakikatnya, kecenderungan para pengundi boleh berubah disebabkan strategi kempen dan isu-isu nasional.