KPWKM bantu pekerja wanita 60 tahun ke atas
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan Rangka Kerja Untuk Masyarakat Penuaan bagi membantu golongan wanita berusia 60 tahun ke atas yang masih lagi bekerja di negara ni.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha tersebut sebagai persediaan bagi menghadapi negara tua menjelang 2030 seperti mana yang dilaporkan menerusi unjuran statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).