Pengundi kali pertama pilih semak latar belakang calon sebelum undi

Iklan
Yu Heng menunjukkan jarinya sebaik selesai mengundi di SJKC khing Ming, Kuala Kubu Baharu pada Sabtu.

HULU SELANGOR - Mengkaji latar belakang semua calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menjadi antara perkara dilakukan seorang pengundi kali pertama.

Berkongsi keterujaan menunaikan tanggungjawab buat pertama kali, Yap Yu Heng, 19, mengambil tindakan sedemikian bagi memastikan bakal wakil rakyat yang dipilihnya benar-benar mampu memberi khidmat terbaik.

Iklan
Iklan

"Perasaan saya hari ini sangat gembira dan teruja sekali apabila dapat mengundi buat pertama kali.

"Saya pilih datang awal hari ini sebab terikat dengan aktiviti sekolah dan saya minta kawan-kawan supaya tidak tidur dan datang undi dengan awal," katanya ketika ditemui di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, Kuala Kubu Baharu di sini pada Sabtu.

Iklan

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Seramai 39,269 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih DUN Kuala Kubu Baharu.

Iklan

Kesemua 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang.

Bagaimanapun, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi ditutup pukul 2 petang

Proses pengiraan undi pula akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi dekat Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baharu di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!