PRK KKB: Calon PH ditemani kembar tinjau proses undi

Iklan
Pang Sock Tao (dua dari kanan) dan kembarnya, Pang Sock Ying bergambar dengan Chan Sher Er Chan Sher Ni, 25 yang juga pasangan kembar di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, Kuala Kubu Baharu pada Sabtu.

KUALA KUBU BHARU - Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao tiba di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming ditemani kembarnya, Pang Sock Ying pada Sabtu.

Sock Tao yang tiba kira-kira jam 8.40 pagi sempat bertemu media sebelum masuk meninjau proses mengundi.

Iklan
Iklan

Calon berusia 31 tahun itu bagaimanapun tidak membuang undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan

Iklan