Pasangan kembar pemegang kad OKU teruja keluar mengundi

Iklan
Muhammad Nazmi (kanan) dan Muhammad Nazri selesai mengundi di SK Bandar Baru Batang Kali sempena PRK Kuala Kubu Bharu pada Sabtu.

HULU SELANGOR - Pasangan kembar pemegang kad orang kurang upaya (OKU), Muhammad Nazmi Mohd Mazlan dan Muhammad Nazri tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada Sabtu.

Pasangan masalah pembelajaran berusia 25 tahun dari Taman Seri Batang Kali itu hadir di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali di sini, seawal jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Muhammad Nazmi berkata, dia bersemangat untuk mengundi kerana mahu menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

"Kami mahu tunaikan kewajipan sebagai rakyat tempatan. Kami pilih keluar awal (pagi) sebab tak nak beratur panjang," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Iklan

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Seramai 39,269 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan.

Iklan

Sebanyak 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!