[VIDEO] Calon PN optimis peratusan keluar mengundi tinggi

Iklan

HULU SELANGOR - Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan.

Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Itu (peratusan keluar mengundi tinggi) yang kita harapkan. Sepatutnya ada peningkatan sedikit berbanding 67 peratus pada PRN (Selangor) tahun lalu.

"Harapnya lebih besar (peratusan) kali ini," katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, pada Sabtu.

Iklan
Calon PN, Khairul Azhari (kiri) ketika melawat proses pengundian di SK Bandar Baru Batang Kali sempena PRK Kuala Kubu Bharu pada Sabtu.

Sebelum itu, Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.

Iklan

"Belum pun sejam pusat mengundi dibuka tetapi nampak agak ramai, terutama di saluran tiga. (Pengundi) Tak putus-putus berbaris. Alhamdulillah, itu petanda baik," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!