PRK KKB: 32.51 peratus sudah keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari

Iklan
Pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, KKB hari ini. - Foto: Bernama

HULU SELANGOR - Sebanyak 32.51 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kesemua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka pada jam 8 pagi tadi membolehkan 39,269 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.

Iklan
Iklan

Kesemua pusat pengundian berkenaan akan ditutup pada jam 6 petang ini, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pada 2 petang.

SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi PRK itu sekitar 60 peratus.

Iklan

Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal jam 9 malam.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!