Hari Mengundi PRK KKB

Iklan
Pengundi beratur menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, KKB hari ini.

Pusat pengundian dibuka 8 pagi melibatkan 19 pusat mengundi dengan 74 saluran.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.