MACHANG - Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumah neneknya di Bukit Sawa, Banggol Juddah di sini.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Ganti Jimmy berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut pada jam 1.25 petang semalam dan bergegas ke tempat kejadian.
"Mengikut siasatan lokasi kejadian adalah rumah neneknya yang berusia 70 tahun dan mangsa dikatakan ke rumah dua tingkat tersebut sejak dua hari lalu.
"Bagaimanapun, kejadian tersebut disedari ibu saudara mangsa yang datang ke rumah itu untuk bertemu dengan emaknya," katanya.
Menurutnya, ibu saudara mangsa terkejut melihat mangsa tergantung di depan bilik di ruang tamu tingkat atas.
"Apabila ibu saudaranya tiba di tingkat atas dia nampak mangsa dalam keadaan leher dijerut tali yang diikat pada kayu alang.
"Ibu saudaranya terus memaklumkan kejadian itu kepada kaum keluarga dan orang kampung.
Katanya, nenek mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana dia tidak naik ke bahagian atas rumah tersebut.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat dan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.