[VIDEO] PRK KKB: Harap YB baharu bantu baiki bumbung bocor

Iklan

HULU SELANGOR - Salah seorang penduduk Orang Asli yang keluar mengundi pada Sabtu berharap calon yang diangkat sebagai wakil rakyat kelak dapat memberi tumpuan terhadap aspek kebajikan komuniti itu.

Latif Wok, 50, dari Kampung Tun Razak berkata, dia berharap permintaan penduduk agar bumbung rumah yang sekian lama bocor dapat dibaiki.

Iklan
Iklan

Menurutnya, telah banyak kali memohon bantuan bagi tujuan baik pulih itu namun sehingga kini masalah tersebut tidak mendapat perhatian.

"Setiap kali hujan, saya terpaksa tadah guna besen. Atap bocor dah lama, penat dah minta bantuan tapi sampai sekarang tidak dapat-dapat.

Iklan

Latif selesai membuang undi di Pusat Pembangunan Pendidikan & Nutrisi Kanak-Kanak Kampung Pertak di sini pada Sabtu.

Iklan

"Saya minta kalau dapat bantuan ganti atap pun sudah memadai, itu saja," katanya selepas membuang undi di Pusat Pembangunan Pendidikan & Nutrisi Kanak-Kanak Kampung Pertak di sini.

Dakwanya, ada antara pihak yang datang membuat lawatan ke rumah namun sekadar mengambil gambar namun tiada peruntukan disalurkan.

"Saya sudah lebih 10 kali mengundi tetapi apabila minta peruntukan, mereka kata tak ada.

"Harap YB dipilih nanti dapat bantu salur peruntukan baiki atap rumah kami," katanya.

Dianggarkan 179 pengundi Orang Asli membuang undi di pusat mengundi berkenaan pada Sabtu dengan hampir separuh daripadanya selesai menunaikan tanggungjawab pada waktu pagi.

Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran mengundi dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bukit Fraser (Tapak Lama) yang mempunyai 40 orang pengundi dan ditutup 2 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!