Perak belum sedia tambah pemain import?

Iklan
Ahmad Faizal (dua, kanan), ketika ditemuramah pada program berkenaan.

IPOH - Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan dia tidak memiliki sebarang maklumat berhubung pengambilan pemain import kelima skuad The Bos Gaurus itu musim ini.

Ahmad Faizal berkata, sehingga ke hari ini pihaknya difahamkan bahawa ketua jurulatih, Mehmet Durakovic berpuas hati dengan kesebelasan sedia ada.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, senarai nama 20 pemain sudah pun dihantar kepada pihak MFL bagi membolehkan Perak menyertai Liga Malaysia (Liga M), kali ini.

"Setakat ini kita tidak ada maklumat. Durakovic (ketua jurulatih), kata dia gembira dengan pemain-pemain yang ada.

Iklan

"Dia (Durakovic), juga berpuas hati dan yakin dengan kemampuan pasukan yang dibarisi ramai pemain muda untuk pergi 'jauh' kali ini," katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media hari ini sempena program temu bual Perak FM di bersama tetamu jemputan, Atlet e-Sports, Nia Adyana.

Iklan

Untuk rekod Perak kini memiliki empat pemain import iaitu Zac Anderson, Gilmar da Silva, Leandro Dos Santos dan Wander Luiz.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, dia jua berhajat bertemu dengan pemain kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.

Katanya, pertemuan berkenaan secara keseluruhannya bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara melibatkan bola sepak.

"Belum jumpa lagi, tapi ada hajat nak sembang-sembang. Bukan untuk perkuat pasukan Perak, tetapi lebih kepada bagaimana kita boleh membantu kejayaan beliau dalam bola sepak.

"Ini kerana kita ada perancangan dan tanggungjawab. Saya suka jumpa pemain muda dan beritahu apa perancangan masa depan mereka. Kita perlu bersama pemain," katanya.