PRK KKB: Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser ditutup jam 2 petang

Iklan
Pusat mengundi di SJKC Bukit Fraser yang memiliki 40 orang pengundi telah ditutup manakala baki 17 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang. - Foto: Bernama

HULU SELANGOR - Satu daripada 18 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini ditutup awal, iaitu pada jam 2 petang.

Pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang memiliki 40 orang pengundi telah ditutup manakala baki 17 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang.

Iklan
Iklan

Penutupan pusat pengundian itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin.

Peti undi kemudian akan dibawa oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini.

Iklan

Sementara itu menurut SPR peratusan keluar mengundi yang direkod setakat jam 1 tengah hari ialah 38.88 peratus.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!