'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua

Iklan
Shila Amzah yang telah selamat bersalin cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada Khamis.

PENYANYI Shila Amzah yang telah selamat bersalin cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada Khamis berkongsi situasinya sebelum melahirkan anak keduanya itu.

Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.

Iklan
Iklan

"Rhea dah terbelit tali pusat, so terpaksa juga (caesarean). Apa-apa pun Sha tak nak discourage you to try for VBAC (bersalin secara normal setelah caesarean).

Shila memberikan reaksi itu terhadap soalan warganet menerusi aplikasi Ask Me Question, pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, Shila turut menerangkan soal makna di sebalik nama puterinya itu.

"Kita tukar ejaan dari ‘Reyah’ ke ‘Rhea’ yang bermaksud kemenangan. Akira pula bermaksud terang. Jadilah mama Rhea Akira.

Iklan

"Insya-ALLAH menjadi kemenangan yang menerangi kami sekeluarga,” tulisnya lagi.

Terdahulu, suami Shila iaitu pempengaruh Ubai berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi sulungnya itu di Instagram.

Sambil memanjatkan kesyukuran, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, teruja ketika momen pertama kali melaungkan azan buat pertama kali ke telinga anaknya.

Untuk rekod, Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos tahun lalu. - Media Hiburan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!