KUIPs sedia bantu pelajar UniMAP terjejas kebakaran

Iklan
Dr Muhamad Rozaimi memuat naik hantaran di Facebook pada Sabtu.

ARAU - Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan bantuan kepada pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terjejas akibat kebakaran kawasan parkir asrama lelaki institusi pengajian tinggi (IPT) di Pauh di sini pada Sabtu.

Menurut Rektor KUIPs, Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle, beliau turut sedih apabila menerima khabar tentang kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya baru mendapat berita asrama lelaki di UniMAP Kampus Pauh Putra terbakar awal pagi tadi.

"Sangat sedih dengar berita ini. Saya telah mendapat perkenan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Raja Muda Perlis (Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail) untuk menumpangkan pelajar UniMAP yang terjejas akibat kebakaran di asrama KUIPs," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Beliau berharap bantuan dihulurkan KUIPs terbabit dapat membantu ringankan beban mangsa kebakaran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan